Friday, August 5, 2011

Pantun Politik

Dalam politik apa-apa boleh terjadi.

Kejap disana, kejap disini.

Dulu keadilan unggul dicari.

Tapi kini perpaduan didahului.

Mengapa perlu membangkang lagi.

Negara aman tanpa tragedi.

I'm back!!

Alhamdulillah.

Setelah lama Nusa meninggalkan penulisan blog yang mana 2009 merupakan tahun terakhir dengan hanya 4 posts sahaja yang berjaya ditulis. Bukan kerana masa, tetapi lebih kepada menumpukan kepada perkara-perkara yang lebih penting. Maka dengan itu, diri ini rasa terpanggil untuk aktif semula dlm penulisan blog.

Kita telah pun berada di dalam bulan Ramadhan yang berkat ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di muka bumi ini. Semoga ramadhan ini kita akan dapat mempertingkan mutu kita sebagai seorang insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat hendaknya. Amin.